Hari neh aku akan menceritakan mengenai Reversal & Continuation Chart Pattern. Aku memilih tajuk ini pada entry coz aku rasakan ramai kengkawan yang masih kantoi untuk trading dengan baik. Masalah utama telah di kenal pasti iaitu tak faham market, kalau bab entry memang dah OK. Cumanya bab nak faham gerakan pasaran masih tak berapa clear. Banyak kes kantoi entry kerana :-
1) Entry BUY di hujung trend Bullish & Entry SELL di hujung trend Bearish
2) Market masih trending, tapi dah pikir market dah buat Reversal. Kes nak entry awal, makan busaq!
3) Langsung tak faham apa yang di ceritakan oleh market, yang dia tau terjadinya entry tros bedal masuk.
Dalam melakukan trading forex, entry bukanlah perkara utama yang sangat penting. Perkara yang paling penting ialah trader boleh faham apa yang market nak bagitau atau cerita padanya. Katakan trader boleh memahami market dan tahu yang market akan turun (Bearish), maka trader tidak akan membuat entry BUY walaupun terjadinya set-up entry untuk BUY, ini kerana trader tahu market dah bagi petanda atau signal dia akan turun. Mungkin mengambil masa beberapa ketika untuk membina chart pattern sebelum turun kaw-kaw. Tapi aku tak salahkan korang sebab memang forex di Malaysia macam tu, trader hanya nak belajar entry ja. Nasiblah labu :-p
Di sebabkan masalah di atas aku terpikir untuk share dengan korang bagaimana memahami market. Iaitu memahami pergerakan market samaada ingin membuat Reversal atau meneruskan rally pada trend. Antara perkara yang perlu korang ketahui dan fahami ialah:-
1) Candlestick Formation (Engulfing, Morning Star, Evening Star, etc)
2) Support & Resistance
3) Chart Pattern (Head & Shoulder, Double Top, Double Bottom, Wedge, etc)
4) Trendline (Breakout)
5) Fibonacci (Fibonacci Ratio)
6) Indicator (MACD, RSI, Stochastic, Bollinger Band, etc)
Dengan mengetahui perkara di atas dengan baik, sudah cukup membuatkan korang faham apa yang sedang di ceritakan oleh market, dan apa yang ingin market lakukan. Ini kerana apa yang korang fikir, juga di fikir oleh trader lain seantero dunia. Jadi di sini barulah kita sama-sama trading bersama profesional.
Perkara yang perlu di pertimbangkan untuk reversal trend:-
1) Candlestick
- Candlestick akan memainkan peranan menceritakan kekuatan BUYING atau SELLING pada
penghujung trend.
- Terdapat beberapa formation candlestick untuk reversal trend. Di penghujung trend selalunya akan terjadi Bullish Engulfing & Morning Star untuk permulaan trend BUY. Bearish Engulfing & Evening Star untuk permulaan trend SELL.

- Untuk Support & Resistance boleh rujuk entry yang sebelumnya di sini Support & Resistance
3) Chart Pattern
- Chart Pattern menjadi kegemaran ramai profesional trader melakukan trading. Dari chart pattern ini trader boleh mengetahui apa yang sedang di beritahu oleh market kepada mereka Especially untuk reversal dan juga continuation trend.
- Chart Pattern Reversal Trend
- Chart Pattern Continuation Trend
4) Trendline
- Untuk tutorial Trendline boleh rujuk entry yang sebelumnya di sini Trendline
5) Fibonacci
- Untuk tutorial Fibonacci boleh rujuk entry yang sebelumnya di sini Fibonacci
6) Indicator
- Pelbagai indicator di gunakan oleh trader untuk filter samaada valid atau tidak reversal pada trend.
- Apa yang selalunya di lihat pada indicator adalah Divergence.
- Indicator yang aku rasa sesuai untuk filter Divergence ialah MACD, namun ada juga indicator lain yang sesuai seperti RSI, apapun terpulang kepada kefahaman trader menggunakannya.
Contoh Divergence

Dari penerangan serba ringkas berserta gambar, aku harap korang dapat sedikit sebanyak memahami mengenai reversal dan continuation trend. Semuanya berkaitan dengan fakta, bukannya perasaan yang menyatakan market ingin reverse atau meneruskan rally. Kerana fakta yang banyak serta kukuh dapat menyokong analisa teknikal yang korang buat. Namun memahami pergerakan market sangatlah penting jika di bandingkan dengan memahami semata-mata entry. Forex bukanlah meneka ke mana arahnya, tapi ia berdasarkan analisa.
Aku kongsikan print screen dari chart laptop aku mengenai apa yang aku ceritakan pada entry ini. Berdasarkan gambar maybe korang akan dapat lebih memahami dengan lebih jelas.
P/S : Bagi yang teringin nak indicator MACD seperti pic yang aku attach boleh sedut di link bawah. MACD pada MT4 tak sama macam MACD seperti pic di atas,hehe.
No comments:
Post a Comment