Tuesday 3 April 2012

Scalping or Swing

Kali ini aku nak share trade idea bagaimana menentukan strategi pada trading. Aku memilih untuk mengulas tajuk ini kerana dari pemerhatian terhadap kengkawan trader yang makin stress dalam trading. Relax bro, jangan cepat melatah nak give-up, nati aku cerita hampa akan faham.

Dalam forex terdapat beberapa jenis trading style yang di gunakan oleh trader seluruh dunia. Di antaranya scalping, intraday, swing dan position.

Scalping
Timeframe        : TF1M, TF5M, TF15M
Teknik Trading  : Melakukan entry pada kekerapan yang tinggi jika berlakunya entry signal.
Stop Loss        : 5-25 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)
Take Profit       : 5-25 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)


Intraday
Timeframe        : TF15M, TF30M, TF1H
Teknik Trading  : Melakukan entry apabila berlakunya entry signal. Profit atau loss, position akan di close
                          pada hari yang sama. Jika entry pagi maybe close petang, jika entry malam maybe close
                          esok pagi.
Stop Loss        : 30-80 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)
Take Profit       : 30-80 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)


Swing
Timeframe        : TF1H, TF4H, TF Daily
Teknik Trading  : Melakukan entry apabila berlakunya entry signal. Kebiasaannya akan close position
                          selepas 1 -3 hari.
Stop Loss        : 80-150 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)
Take Profit       : 80-150 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)



Position
Timeframe        : TF4H, TF Daily, TF Weekly
Teknik Trading  : Melakukan entry apabila berlakunya entry signal. Kebiasaannya akan close position
                          selepas berminggu-minggu.
Stop Loss        : 100-400 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)
Take Profit       : 100-400 pips (Approx. bergantung kepada TF yang di gunakan)

Dari keterangan yang aku tulis di atas, korang boleh tanya diri korang. Jenis apakah trading style yang korang guna sekarang? Kebanyakkan trader menggunakan scalping dan swing, namun ramai profesional menggunakan position. Jadi kalau lah korang seorang swing trader, apabila dah entry pada signal jangan lah kerap sangat tengok chart. Kalau korang kerap tengok chart korang akan 'kecut' melihat candlestick turun naik, di sini korang akan stress dan hilang konfiden. Bagi yang ada banyak masa di rumah dan mempunyai kelapangan, teringin sangat nak melihat chart, korang perlu ubah strategi kepada scalping. Jadi boleh la tengok chart puas-puas,haha. Trading style apapun tak menjadi masalah kalau korang tahu menggunakan teknikal analisis dengan betul.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok..aku akan bagi tips bagaimana nak menetukan strategi pada setiap minggu. Korang boleh tahu apa yang akan korang buat minggu depan samaada nak swing atau nak scalping.

1) Tengok pada correlation pair USD, pada timeframe yang lebih besar seperti TF4H.
    (EU, AU, NZU, GU)  ( UCAD, UCHF)


- Adakah pair-pair ini menunjukkan halatuju yang sama, contohnya EU Buy, AU Buy, NZU Buy, GU Buy & UCAD Sell, UCHF Sell. Jika ia mempunyai halatuju yang sama dan dominan, maknanya market searah dan trending. Jika ini terjadi aku memilih untuk SWING pada minggu hadapan. Selalunya kalau jadi macam ni ramai trader akan buat banyak duit.

2) Bagaimana pula jika tiada correlation pair pada USD? Seperti ini..

- EU Buy, AU Ranging, NZU Sell, GU Buy & UCAD Sell, UCHF Ranging.


- Jika terjadi begini aku akan memilih untuk SCALPING pada minggu hadapan. Ini kerana jika korang swing, pasti korang akan kerap kena Stop Loss sebab market menjadi susah & tak clear ke mana arah tujunya. Apabila market tak menentu arah tujunya, sekejap dia naik 30-40 pips sekejap dia turun plak 40-50 pips kemudian naik kembali. Kalu korang swing berhari-hari alamatnya akaun korang akan berdarah. Tapi jika korang tidak berminat dengan scalping, dan korang seorang swinger yang tegar. Maka aku syorkan minggu ini korang rehat makan kacang atau bawa anak bini pergi bersiar-siar,hehe.

- Aku akan Scalping mengikut trend pada 'Bigger Timeframe'. Katakan EU clear menunjukan BUY pada TF4H, maka aku akan tunggu di timeframe yang lebih rendah seperti TF5M atau TF15M, untuk melihat jika terdapat peluang untuk aku melakukan BUY. Jika ada aku akan entry. Aku syorkan untuk scalping pada waktu London Open & US Open. Pair yang Ranging pada TF4H, automatik aku tinggalkan NO TRADE.

- Aku akan menyusun chart menjadi 'multiple chart'. Sekurang-kurangnya aku letakkan 3 timeframe sekaligus iaitu TF4H (untuk melihat trend, ke mana arahnya BUY atau SELL), TF15M (untuk confirm entry, aku tengok formation candlestick) & TF5M (untuk aku entry, aku tengok S&R, Trendline, EMA, RSI, MACD).


P/S : Untuk melihat trend pada TF4H, korang masukkan EMA 21 & EMA 200. Lihat pada EMA 21 cross EMA 200. Jika candlestick berada berada bawah EMA 200 (trend SELL), jika candlestick berada atas EMA 200 (trend BUY), jika EMA 21 berbelit-belit atau turun naik pada EMA 200 (trend RANGING, NO TRADE). EMA 21 & EMA 200 pasangkan pada TF4H untuk tengok trend sahaja, bukan nya pada timeframe yang lebih kecil untuk scalping.





1 comment: