Tuesday, 21 February 2012

Tips 2 - Membaca gerakan pasaran

Kali ini aku akan kongsikan bersama korang macamana membaca pergerakan pasaran. Kenapa penting untuk mengetahui pergerakan pasaran semasa? Kerana dari sini korang akan tahu apa yang sedang berlaku pada market dan apa yang akan berlaku. Maknanya korang boleh agak dengan hampir tepat apa yang bakal berlaku nanti pada market.

Antara perkara yang penting korang perlu faham ialah mengenai :-

1) Support & Resistance
2) Fibonacci
3) Trendline

Berdasarkan pemahaman 3 tools di atas, korang dah boleh membaca market dan juga membuat entry dengan hanya naked trading. Ketiga -tiga tools ini mestilah di gabungkan untuk mendapat entry hampir tepat dan di gunakan juga untuk hold profits & stoploss.

Aku akan mengambil pair GBP/USD sebagai contoh :-

Pair GBP/USD minggu neh..



------------------------------------------------------------------------------------------------
1) Support & Resistant
   - Di gunakan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku pada market dengan melihat tapak S&R.
   - Jika market trending BUY, tapak S&R akan membina lebih tinggi dan lebih tinggi.
   - Jika market trending SELL, tapak S&R akan membina lebih rendah dan lebih rendah.
   - Jika reversal trend untuk BUY, price action akan break Resistance yang terdekat di sebelahnya dan
     membina Resistance baru yang lebih tinggi.
   - Jika reversal trend untuk SELL, price action akan break Support yang terdekat di sebelahnya dan
     membina Support baru yang lebih rendah.

   - Contoh adalah seperti gambarajah di bawah.

------------------------------------------------------------------------------------------------
2) Fibonacci
    - Di gunakan untuk mengukur penghujung trend, adakah trend sudah exhausted atau masih rally.
    - Menggunakan fibonacci ratio 423.6% sebagai mengukur penghujung sesuatu trend.
------------------------------------------------------------------------------------------------
3) Trendline
    - Di gunakan untuk melihat dan mengawal S&R, samaada sewaktu market trending atau ranging.
    - Di gunakan untuk mengenalpasti market 'Breakout'.
    - Dengan hanya dengan menarik minima 2 point pada Support atau Resistance, menjadikan trendline
       korang sudah cukup lengkap.
    - Contoh seperti di gambarajah bawah.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KESIMPULAN
Hasil dari gabungan ketiga-tiga tools tadi akan menghasilkan pemahaman kepada trader ke mana arah tuju market, di mana market akan berubah trend dan juga di mana bermula sesuatu entry.
Gambarajah di bawah hasil gabungan ketiga tools.

No comments:

Post a Comment