Kali ni aku akan menceritakan bagaimana melihat carta forex dalam MT4. Dalam platform MT4 menyediakan banyak 'currency pair' yang boleh korang trade. Terpulang kepada korang nak letak seberapa banyak pair yang korang suka, jadi kali ini aku akan berkongsi dengan korang cara aku melihat carta dengan mudah dengan pelbagai jenis pair. Dengan cara ini mudah untuk korang pantau setiap pair dan memahami dengan jelas apa yang sedang berlaku pada pasaran. Kebanyakkan trader melihat satu persatu pair dan pair yang paling di gemari ialah Eur/Usd. Tapi dengan kaedah ini korang boleh trade dengan cool sambil memantau pair-pair lain. Ini akan menjadikan korang mudah untuk 'menapaw' semua pair sekaligus apabila berlaku correlation.
Dahulu aku melihat carta forex begini, tanpa boleh memantau pair lain dengan mudah. Cara ini sangat lambat dan sukar untuk mengetahui apa yang berlaku pada pasaran kerana hanya fokus pada satu persatu pair.
Tapi kini untuk memudahkan korang memantau sebanyak mungkin pair maka bolehla di susun begini.
Sekarang mudahkan untuk korang pantau banyak pair. Seperti yang aku beritahu tadi, dengan cara begini korang boleh tahu apa yang berlaku pada pasaran, iaitu melihat jika berlaku correlation pair (pair bergerak secara selari). Contoh seperti di bawah :-
Dengan menyusun pair begini korang tidak akan melakukan kesilapan membuat buying atau selling pada pair yang mempunyai corelation yang sama. Jika korang melihat susunan pair seperti di atas, korang dapat membuat kesimpulan yang matawang USD sedang melemah. Jadi berpandukan pemerhatian korang dan juga tool-tool lain yang korang gunakan maka korang boleh la membuat keputusan sebelum memasuki pasaran ;)
No comments:
Post a Comment