Dalam melakukan trading forex pelbagai kaedah analisa di lakukan samaada analisa fundamental, analisa teknikal, dan tidak kurang juga trader yang hanya menggunakan sepenuhnya indikator..sejauhnya mana keberkesanan ke 3 jenis analisa tadi dan yang manakah terbukti berkesan? Jawapannya, bergantung kepada individu dan trader itu sendiri sejauh mana pemahaman dan kemahiran menggunakannya. Seorang trader yang mempunyai kepakaran yang tinggi melakukan analisa fundamental dan analisa teknikal sebagai rutin harian dan mingguan dalam menentukan strategi pada pasaran. Namun ramai di kalangan trader profesional menganalisa pasaran hanya menggunakan analisa teknikal. Mereka hanya mengkaji berdasarkan carta. Dari pergerakan harga pasaran dan trend membolehkan mereka membuat kesimpulan yang hampir tepat sebelum memasuki pasaran.
Bagi aku pula analisa teknikal adalah yang terbaik untuk mengetahui segala-galanya, apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku pada pasaran. Adakah analisa teknikal ini tepat sepenuhnya? Inilah persepsi dalam forex. Maksudnya begini, apabila korang menggunakan analisa teknikal sama seperti yang di gunakan profesional maka kebarangkalian untuk 'win' adalah tinggi. Golongan profesional seperti fund manager, bank-bank dan spekulator adalah golongan yang mempunyai dana yang sangat besar untuk menggerakkan forex. Jadi memang market akan ikut derang la sebab derang trade lot besar, duit derang banyak!!! Setakat trader macam aku dgn korang berapa lot sangat berani, 100USD = 1 lot?? tu pun dah berpeloh beb,hehe..
Terdapat beberapa kaedah dan tools yang di gunakan oleh profesional untuk mengkaji carta. Antaranya seperti, fibonacci, trendline, moving average, candlestick, support & resistance dan pelbagai lagi. Semua benda ni mestilah di gabungkan bersama dalam menentukan strategi. Tak ramai di kalangan trader mengetahui cara yang tepat dan betul untuk menggunakannya walaupun banyak tutorial di sediakan dalam internet. Bagi yang tahu menggunakannya mereka telah menghadiri latihan atau kursus. Jadi kalau korang nak tahu dengan tepat cara menggunakannya, tu kena tanya pakar, kena attend kelas bro,hehe..

No comments:
Post a Comment