Tuesday, 11 October 2011

Forex sebagai pendapatan

Apabila kita bercakap tentang pendapatan bermaksud sesuatu usaha yang bersungguh untuk menjana ekonomi. Usaha yang di lakukan adalah setimpal dengan hasil. Segala usaha mestilah di lakukan secara taat dan konsisten. Itu definasi yang aku faham tentang pendapatan. Ada individu yang menggunakan tenaga sepenuhnya menjana pendapatan namun tak kurang juga yang hanya menggunakan kepakaran minda dan ilmu untuk mengaut pendapatan yang lumayan. Dalam erti kata yang lebih mudah seperti " Dont work hard but work smart ". Jika korang menggunakan tenaga untuk menjana pendapatan percayalah tahap pencapaian dan kejayaan adalah tidak memberangsangkan. Kenapa aku berkata begitu? kerana korang boleh lihat mereka yang berjaya dalam kehidupan adalah dari golongan profesional yang mempunyai minda serta intelektual yang tinggi. Golongan ini hanya menggunakan akal fikiran dan strategi untuk menjana income berlipat kali ganda.

Jadi apakah kunci untuk berjaya dalam forex? Jawapannya - Always follow the profesional..maksudnya dari segi pemikiran dan mentaliti mestilah seperti seorang profesional. Korang hanya perlu buat apa yang profesional buat, itu saja..it's so simple, dude!!! Pesanan cikgu aku, hanya perlu ikut apa yang mereka buat..kalau kau lawan, confirm mampoi!!!..seperti yang di ceritakan oleh cikgu aku, kita ni umpama bot kecil yang menumpang di belakang bot besar untuk mengharungi lautan yang luas serta ombak yang besar..jadi untuk selamat sampai ke destinasi, mudah saja..hanya perlu berlindung di belakang kapal besar..kalu kapal besar belok kiri, kau belok ja kiri..kalu kau belok kanan alamat tenggelam lah kapal..

Yang membuatkan forex ini menjadi susah adalah atas beberapa faktor seperti kekurangan ilmu, emosi pada diri, disiplin diri dan juga pengurusan kewangan yang hancur..forex sama seperti 'real bisnes' cumanya dalam forex korang menggunakan duit untuk membuat duit..ramai orang yang beranggapan bisnes forex sebagai lubuk untuk membuat duit dengan cepat dan pantas..dalam masa sekelip mata boleh menjadi kaya..aku setuju statement tu tapi mestilah meletakkan sesuatu pada tempatnya..maksudnya ilmu korang tinggi maka tinggilah pendapatan, sama macam real bisnes..sebenarnya terlalu besar maksud ' berjaya dalam forex '..kalu korang berjaya menyara keluarga dengan hanya berada depan komputer sambil lepak di rumah bersama yang tersayang, bagi aku itu sudah memadai sebagai satu kejayaan yang cemerlang sebagai seorang fulltime trader..atau juga korang berjaya bebas dari bebanan hutang dan tidak mempunyai masalah kewangan, itu sudah cukup bagus bro..

Jadi sesuaikah forex di jadikan sebagai pendapatan tetap atau sampingan? Jawapan aku YA!! tahukah korang bank-bank di seluruh dunia melakukan trading forex? duit yang korang simpan dalam bank derang invest dalam forex la..kalu tidak mana datangnya dividen yang bank bayar pada korang setiap penghujung tahun..sebab tu seorang yang bijak tidak melabur dalam bank tapi melabur di forex..ini kerana ROI dari forex berlipat kali ganda menguntungkan..katakan sebuah bank memberi dividen maksimum sebanyak 15% setahun, berbanding forex ROI adalah sebanyak 95% setahun..

Kesimpulannya forex boleh di jadikan sebagai pendapatan tetap..namun begitu korang perlulah mempunyai ilmu yang dalam yang perlu di pelajari dan di fahami..dan selalulah ikut apa yang profesional lakukan..apabila berada pada tahap ini percayalah sesungguhnya perniagaan forex ini adalah mudah :-)

No comments:

Post a Comment