Hah..apa tu FOREX? Kalau aku tanya korang semua sure boleh jawab dengan selamba yang forex ni tukaran matawang asing. Macam aku dulu-dulu, dengan megah cakap takkan taktau kot..ni bisnes duit tukar dengan duit boleh buat duit,hahaha..takat tu jer lah yang aku tahu term forex, lain pada tu korang jangan tanya. Ala maklum la baru kenai forex katakan, bagus dari kawan lain yang tak tahu langsung..sebab tu berani sembang kemas..satu apa pun aku tak faham, yang aku ingat kawan aku ajar..kalau hang nampak benda ni nak naik hang tekan ja BUY..kalu nampak nak turun hang tekan SELL, kalu lot besar lagi bagus cepat kaya!!! wakakaka..tu lah mula-mula aku kenal dunia forex..kalau imbas balik mau terbahak-bahak guling atas lantai..Kalau ikut dari perkataan FOREX tu memang la singkatan dari FOReign EXchange iaitu tukaran matawang asing. Tapi ada apa dengan perkataan forex tu?? Rupanya ia bukan sekadar ejaan F.O.R.E.X tapi ialah dagangan matawang di antara BASE CURRENCY dan juga COUNTER CURRENCY atau di panggil PAIR.
Ok contohnya macam ni..katakan :-
EUR/USD = 1.4150
EUR ialah BASE CURRENCY, manakal USD pula COUNTER CURRENCY.
Jadi ia di sebut sebagai PAIR apabila di jadikan EUR/USD
Apa pula dengan nilai 1.4150 ?
Maksudnya 1 EURO bersamaan dengan 1.4150 US Dollars.
Itu lah secara asas maksud forex yang dahulunya aku sendiri pun tak tahu. Dan untuk pengetahuan korang ada pelbagai pair dalam dunia forex ni, korang pilih ja mana pair yang korang suka untuk trade. Hampir USD3.5 trillion di niagakan setiap hari. Kalau rasa semua pair korang suka, tapaw ja semua,hahaha..moga-moga semuanya membawa 'green pips'..antara pair yang selalu menjadi pilihan trader seperti EUR/USD, AUD/USD, NZU/USD, GBP/USD dan pelbagai pair lagi yang berkaitan dengan USD (boleh check dalam Metatrader platform)..ini kerana kadangkala pair-pair USD ni mempunyai correlation yang mana bergerak seirama yang memudahkan ramai trader me'napaw' sekaligus. Tu pun kadang-kala jer bro, tak selalu dia ikut searah,hehehe..kira secara mudah cakap, trader hanya perlu alert dengan perkembangan ekonomi uncle sam jer..biasa la trader semunya nak mudah, susah-susah sapa mau bro..bagi aku pula, aku masuk semua pair asalkan mempunyai signal dan setup seperti yang aku inginkan..
Sekarang korang dah tahu serba sedikit forex maka tidak sah lah kalau tak tahu jam/waktu forex di niagakan. Waktu 'Opening Maket' ini penting bagi setiap trader mengetahuinya kerana apabila berlaku opening market akan berlaku volatile. Market volatile ini di sebabkan trader seluruh dunia memulakan dagangan termasuklah golongan-golongan yang mengusai forex seperti bank-bank, hedge fund, speculator dan golongan profesional.
Di sini aku list kan waktu market opening mengikut jam Malaysia.
COUNTRY MARKET OPEN MARKET CLOSE
TOKYO 7 PAGI MALAYSIA 3 - 4 PTG MALAYSIA
EUROPE 2 PTG MALAYSIA 10 - 11 MLM MALAYSIA
LONDON 4 PTG MALAYSIA 12 - 01 PAGI MALAYSIA
NEW YORK 8 MLM MALAYSIA 03 - 04 PAGI MALAYSIA
Pada waktu-waktu di nyatakan di atas ialah peluang untuk trader membawa pulang banyak pips terutama sekali pada London & New York opening. Di waktu beginilah akan berlaku gerakan kuat (strong trend) yang akan mengarah kedudukan pasaran dan juga terjadinya news. Jadi korang boleh bersedia di hadapan PC pada waktu di nyatakan di atas. Bagi aku trader part time waktu paling cantik ialah New York, boleh kaut banyak pips waktu-waktu begini.
Ni lah secara ringkas yang perlu korang tahu sebagai seorang trader walaupun sebenarnya banyak lagi yang korang perlu tahu. Jadi rajin-rajin la googling untuk menambahkan ilmu ;-)
No comments:
Post a Comment