Sunday, 9 October 2011

Entry Pertama

Salam..

Syukur Alhamdulillah siap juga blog forex pertama aku. Ekceli aku tak plan pun nak buat blog ni, al maklum la blog aku yang lain semua kantoi dek sawang labah kes sibuk memanjang kat ofis. Malam ni feel bagus rajin plak nak buat blog, tros ja sign up blogspot then siap..hahaha..tak caya aku ada blog pasai forex, macam la aku ni bagus sangat nak share dengan public tentang forex. Tapi tu lah sedar-sedar dah masuk tahun kedua dalam dunia part time trader. Bermula dari akaun kecik sampailah ke akaun besar semuanya kaput, inilah nama dia pengalaman,hehe..bak kata mat salleh 'no pain no gain'. Kalau nak kira loss dalam forex ni jangan cakap la, kalau setakat nak keluar pesona baru full spec aku rasa layak kot. Asyik depo jer manjang, cashout hareemm..

Tapi tu semua cerita dulu,hehe..sekarang so far so good ada konsistensi..teringat pesanan ayah aku, kalu nak berjaya dalam bisnes selalu kena taat, lama-lama mesti boleh. Tq ayah selalu bagi semangat. Berkat slow and steady dalam forex ni aku kayuh pelan-pelan..terlalu slow kadang sampai tak jalan. Bukan senang woo main menatang ni kadang rasa nak gila pun ada. Aku tembak buy, dia pi sell. Aku boh sell dia pi buy..huisssh, rasa nak swing laptop pun ada. Ni lah semua penangan kuasa indikator, nak buat mcmana kenal-kenal ja forex dah di suap indikator. Aku tobat dah takmau indikator, sedut akaun aku macam ayaq. Hari-hari keja topap dengan claim bonus ja mmg nightmare,huhu..tu lah sedikit sebanyak pengalaman ngeri aku dalam forex yang kalu aku cerita sampai subuh pun tak abis. Cukup takat ini dulu, next entry aku cerita benda best pulak,hehe..

1 comment: