First of all, aku nak cakap sorry coz dah lama tak update blog. Bukan apa lately bz skit dengan tugasan harian. Di sebabkan dah lama tak update, aku kasi sempoi punya kat korang. Strategi yang aku selalu gunakan untuk entry, the most powerfull,hehe :p
OK..aku nak cerita pasai breakout. Maybe dah familiar bagi trader lama yang dah mahir, tapi aku share berserta pic macamana terjadinya breakout. Breakout ini boleh indentify di mana berlaku reversal trend, dan boleh entry pada trending trend. Untuk trade guna breakout ni korang hanya perlu kepung Support & Resistance menggunakan trendline, bila breakout terjadi selalunya akan terjadi candlestick yang panjang solid kerana di sini golongan profesional masuk pasaran. Duit diaorang banyak bro, memang koyak market dan terjadilah breakout!
Terdapat beberapa jenis breakout antaranya :
1) Triangle
2) Flag
3) Trend Channelling
Tapi kali neh aku banyak nak terangkan mengenai breakout triangle supaya mudah korang faham. Yang lain-lain tu korang google lah yer.
Contoh Breakout Triangle
Breakout Rules :
1) Gunakan Trendline untuk mengepung Support & Resistance (kepung sehingga menjadi "V")
2) Tunggu Candlestick langgar Trendline dan Support & Resistance
Untuk BUY = Candlestick langgar Upper Trendline & langgar Resistance
Untuk SELL= Candlestick langgar Lower Trendline & langgar Support
3) Entry boleh di lakukan dengan Instant Excution atau juga Pending Order.
Pending order 10 pips atas Resistance (untuk BUY) dan 10 pips bawah Support (untuk SELL)
4) Untuk Take Profit terpulang pada individu. Aku gunakan Fibonacci :-)
Untuk Entry Breakout pada market trending boleh tengok contoh gambarajah bawah.
Nampak macam senangkan? Haha. Memang senang pun. Tapi perlu praktis la bro. Walaupun nampak senang main kepung-kepung S&R guna trendline, juga perlu difahami cara tarik Trendline yang betul supaya apa yang korang kepung tu trendline yang betul dan sepatutnya. Apabila trendline dah tarik, trendline perlu di ubah-ubah kepada S&R yang lebih hadapan, sehingga akhirnya breakout. Ada kes di mana trendline yang korang tarik akan menjadi tidak valid apabila trendline tadi telah di langgar oleh candlestick, tetapi tidak berlaku breakout. Contoh seperti pic di bawah ;-
Teknik breakout ni adalah teknik yang di gunakan oleh kebanyakkan golongan profesional samaada untuk forex, stock, futures, S&P 500 dan pelbagai lagi. Jadi kalau faham breakout neh bagi pi lah chart apapun mesti boleh trade. Hanya perlu faham trendline, S&R dan juga mungkin di tambah dengan indicator yang lain sebagai filter seperti MACD, RSI, Stochastic, Bollinger Band dan pelbagai lagi.
Bagi followers blog aku, aku attach kat korang sample bagaimana breakout yang berlaku pada pair EUR/USD pada minggu ni. Mungkin dengan pic di bawah akan memberi lebih pemahaman dan idea untuk trade. Semoga semuanya membawa banyak Green Pips :-)
Eur/Usd Minggu Ini..pic di bawah sample breakout..
No comments:
Post a Comment