Entry kali ini aku akan menceritakan tentang money management (MM) yang aku rasa semua trader dah sedia maklum. Walaubagaimanapun, aku memilih tajuk MM pada entry kali ni adalah kerana aku melihat ramai di kalangan teman seperjuangan yang rata-rata kaput di sebabkan langgar MM. Rules sangat mudah, langgar MM akaun anda akan ke "longkang",hehe.
Untuk menjadikan anda seorang forex trader yang berjaya, disiplin sangatlah penting. Disiplin yang aku maksudkan ialah pengurusan kewangan yang baik. Seperti juga membuka sebuah kedai dan berniaga sesuatu produk, jika pengurusan kewangan hancus maka bisnes juga lingkup atau bankrap. Itu ialah basic paling mudah yang semua orang dalam perniagaan dan juga trader sangat-sangat memahami. Tapi untuk mengikut rule dan mempunyai disiplin yang sangat tinggi bukanlah mudah. Perasaan tamak nak cepat untung dan ingin cepat kaya yang membuak-buak memang menjadi musuh utama. Jadi bagaimana nak ubah pemikiran supaya dapat di 'set' dalam kepala, supaya tidak melanggar MM? Jawapan ialah anda perlu memahami bagaimana dengan menggunakan MM akan membawa profit. Teknik yang selalu di praktik ialah dengan melakukan 'compound' pada akaun.
Compound bermaksud anda menggunakan sejumlah modal dan melakukan trade mengikut MM. Hasil keuntungan yang bertambah pada akaun anda, akan menentukan jumlah lot size. Berdasarkan kajian yang aku pernah baca, jika seorang trader menggunakan MM yang betul semasa trading, kebiasaannya memperoleh keuntungan 10% / month. Manakala trader yang melanggar MM, hanya memperoleh total keuntungan sekitar 3% / month. Percent yang selalu di gunakan oleh trader semasa trading ialah sekitar 2% - 5%. Maksimum 5% ialah untuk trader yang betul-betul memahami dengan baik selok belok trading.
Simptom-simpton yang berlaku pada trader apabila melanggar MM
1) Trader akan cepat gelabah & kecut, apabila negative float yang banyak. (Increase Heart Beat,haha)
2) Trader akan hilang punca & fokus pada strategi, walaupun apa yang telah di lakukannya betul.
3) Tidak dapat menerima hakikat apabila kena stoploss, kerana jumlah yang kena stoploss adalah besar.
4) Keinginan untuk membalas dendam & counter semula modal dalam masa yang singkat. (Hilang Fokus)
5) Emosi & Stress
6) Apabila MC, akan mengalami kemurungan dan akan mula give-up. Maka Forex is Scam! Haha
Simptom di atas kerap berlaku dan ianya akan terus berlaku jika 'pemikiran seorang trader' tidak ada pada seseorang trader. Trader yang profesional tidak melakukan perkara di atas, kerana mudah untuk kita faham yang trading forex ada untung ada rugi. Tidak ada teknik Holy Grail dalam forex, yang ada hanyalah konsisten profits. Jika korang rasakan MM tidak mampu membuatkan korang untung dan seterusnya kaya, korang perlulah membaca kisah mengenai seorang trader profesional yang berjaya menggunakan MM dengan baik iaitu Richard Dennis yang hanya menggunakan modal sebanyak USD1600 yang di pinjam dari keluarganya, dan membuat profits sehingga jutaan USD dalam masa yang singkat. Don't beleive it, beleive it!
P/S : Aku kongsi dengan korang Money Management Calculator dalam bentuk Excel, untuk korang lihat bagaimana cara melakukan compound yang betul serta risk % MM yang sesuai. Korang boleh masukkan jumlah modal, dan secara automatik excel akan menunjukkan jumlah profit, % risk dan jumlah lot size yang sesuai.
DOWNLOAD HERE
No comments:
Post a Comment