Aku terjumpa satu artikel dalam FB. Artikel ni bukan pasal politik cumanya interview oleh seorang wartawan kepada Tun Dr Mahathir. Aku rasa sesuai untuk aku share bersesuaian sebagai seorang trader yang sentiasa meletakkan diri dalan tekanan apabila melakukan trading,hehe.
Tun Dr. Mahathir pernah ditanya "Apakah tekanan seorang Perdana Menteri?"
Tun menjawab - Saya tidak ada tekanan. Saya senyum, tidur, makan seperti biasa. Malah semasa menghadapi krisis pun saya masih boleh makan, minum, tidur, dan senyum. Bagaimana menghadapi tekanan? Kita mesti belajar menerima situasi bukan selalu berada dalam keadaan yang baik. Pasti ada masalah-masalah. Sesetengahnya akan dapat diselesaikan dan pergi dengan sendirinya. Berfikir terlampau banyak adalah tidak bagus.
Kadang-kala kita fikirkan perkara yang elok yang seronok dan senyum sedikit. Saya selalu senyum lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan jurugambar. Saya suka lihat gambar saya tersenyum jadi saya mestilah senyum apabila bergambar. Pernah sekali saya menandatangani buku ucapan Takziah. Sudah tentu apabila sedang mengisi buku tersebut muka sedikit masam, sedih. Kemudian jurugambar memanggil saya, “Dato’ Seri” dan saya berpaling, dan saya senyum. Jadi tak perlu berfikir terlampau banyak dan serius, senyum sedikit dan ingatkan perkara yang bagus. - sumber Kelab Che Det
P/S : Kepada trader janganlah dok pikir banyak sangat, senyum selalu walaupun kerap kena stoploss,hehe.
No comments:
Post a Comment