Strategi aku pada minggu ini, adalah seperti berikut :-
USD/CHF - SELL
EUR/USD - BUY
GBP/USD - BUY
GBP/JPY - BUY
EUR/JPY - BUY
NZU/USD - BUY
USD/CAD - BUY
AUD/USD - NO TRADE
*Strategi di atas berdasarkan pemerhatian pada candlestick TF Weekly minggu lepas. Jika minggu lepas candlestick menunjukkan kekuatan BUY, maka minggu ini strategi aku ialah BUY. Begitu juga jika berlaku kekuatan pada SELL, strategi aku minggu ini ialah SELL, vice versa. Ini kerana aku adalah seorang trend follower, aku akan mengikut trend minggu lepas sebagai strategi pada minggu ini.
Candlestick TF Weekly yang menunjukkan kekuatan setara antara BUY & SELL di kira sebagai SERI. Jadi aku tidak akan melakukkan trade pada pair ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE ( Analisa market minggu ini)
Seperti yang telah aku telah tetapkan strategi minggu lepas, maka aku akan menunggu sehingga terjadinya setup. Apabila terjadinya setup yang aku kehendaki, di sinilah aku akan entry. Semalam signal BUY yang jelas pada pair NZU/USD & AUD/USD. Dua entry membawa popit +80 pips. Tapi aku dah langgar strategi untuk AUD/USD, kerana terdapat fakta yang kuat dan jelas untuk aku melakukan BUY. So, aku BUY jer lah,hehe..
NZU/USD (BUY) +40pips
AUD/USD (BUY) +40pips
GBP/JPY (BUY) +120pips [Update 01.02.2012]
Okey untuk update kali neh aku akan ceritakan sinopsis bagaimana aku detect pair GBP/JPY akan Bullish seperti setup yang aku kehendaki. Sinopsis ini kerana ada kengkawan yang mengikuti blog ini bertanyakan soalan dan kekeliruan mengenai entry. Seperti biasa ada beberapa perkara yang akan aku lakukan sebelum entry iaitu mencari fakta-fakta yang kukuh sebagai alasan untuk aku melakukan entry. Kita tengok pair GBP/JPY ini sebagai contoh, apakah fakta-fakta yang menyokong aku mengatakan ia akan bullish.
5 Fakta yang perlu di pertimbangkan sebelum melakukan ENTRY
1) TREND BUY
(Seperti aku tulis di atas strategi aku untuk GBP/JPY minggu ini)
2) FIBONACCI RETRACEMENT 61.8% ATAU 78.6%
(Aku akan tunggu market turun dulu dan menyentuh mana-mana lebih fibo, ini kerana apabila kita ingin melakukan BUY sudah semestinya kita akan BUY pada harga rendah atau harga hampir lantai, ini konsep biasa bagi sesiapa pun yang ingin membeli sesuatu barang, mestilah beli pada harga yang rendah)
3) TRENDLINE
(Trendline juga perlu di pertimbangkan apabila candlestick mencecah garisan trendline minor atau trendline major, selalu trader akan respect line-line trendline ini, di trendline ini juga trader akan melakukan buy dip)
4) SUPPORT & RESISTANCE
(Seperti aku pernah cerita di entry yang lepas, aku gunakan S&R untuk mengetahui di mana ending trend atau market break & entry)
5) EMA
(Aku menggunakan seurat Exponantial Moving Average, apabila aku ingin melakukan BUY, candlestick mestilah berada atas EMA, dan begitu juga jika aku ingin SELL, pastikan candlestick di bawah EMA, that's the rule!)
Rujuk gambarajah bawah untuk lebih kefahaman, detect market lebih awal.
Gambarajah di bawah neh pula di mana aku entry. Sesuai dengan semua strategi dan planning yang aku patuhi. Seperti kata ramai trader "Plan Your Trade & Trade Your Plan" haha..forex bukanlah judi, forex ialah tentang ilmu, kefahaman dan skills :)
AC..
ReplyDeleteGU candle minggu lps wujud pin bar ajer tu... adakah tanda2 GU nk tukar trend ke DT...???
zul..sy melihat candle weekly GU minggu lepas masih kekuatan long..ini kerana terdapat rejection price pada short (shadow yg panjang)..jadi berdasarkan candle ini, strategi sy minggu ini adalah long (BUY)..sy akan menunggu pasaran minggu ini SELL terlebih dahulu pada awal minggu, apabila mencecah di level-level fibo dan membina S&R seperti setup yang sy kehendaki dan seterusnya melanggar T/L, di sini sy akan melakukan entry..
ReplyDeletemmmmm... skrg ni pun masih sell lg.,.. retrace... then br long kot...
Delete1.5880 ada potential jd RBS... utk pegi long kot... any komen...???
sori... 1.810....
Deletesori AC... dh ngantuk kot typing error ajer.... 1.5810 daaaaaa
Deletesy beranggapan market GU TF1H akan turun ke bawah lagi..ini di sokong oleh fakta sell yang kuat kerana GU TF1H 'double top'..kemungkinan sell GU akan break di level fibo 61.8% (1.5740) atau fibo 78.6% (1.5700) atau juga membina 'double bottom pada fibo 100% (1.5645)..
ReplyDelete