They call us a gambler, they said we depend on luck, they claim that no one can beat the market, but if they only knew that....... "We Are The Master Of Risk"
Sunday, 10 June 2012
Rich Dad Poor Dad - Versi Melayu
Salam..
Dua hari lepas aku beli buku 'Rich Dad Poor Dad' versi Melayu. Ekceli, buku ni dah lama aku baca beberapa tahun lepas versi English melalui internet PDF, tapi sebabkan semasa ronda Popular terjumpa, so aku beli la. Harganya cuma RM21. Berbaloi beli bagi yang bercita-cita ingin menjadi kaya,haha. Kayalah sangat kan!!!
Buku ini menceritakan mengenai kisah benar seorang kanak-kanak yang mempunyai dua orang bapa. Seorang bapa kandungnya yang di gelar Poor Dad dan seorang lagi bapa angkatnya yang di gelar Rich Dad. Budak ini di besarkan dalam susana ideologi yang berbeza di antara seorang Bapa Miskin & seorang Bapa Kaya. Bapa Miskin ini memiliki tahap pengajian tertinggi sehingga PhD, dan Bapa Kaya pula hanya seorang biasa yang menjalakan perniagaan.
Bapa Kaya banyak mengajar budak ini mengenai hal-hal kewangan dan pemikiran seorang yang kaya. Belajar mengunakan akal, belajar mengurus risiko, belajar dari pengalaman dan juga belajar bagaimana seorang yang kaya menguruskan kewangan. Manakala Bapa Miskin pula memfokuskan kepada pembelajaran sehingga ke tahap tertinggi, dan akhirnya bekerja memegang jawatang yang besar dalam sektor koprat atau sektor kerajaan. Bapa Kaya mengajar untuk menjadi seorang peniaga, manakala Bapa Miskin mengajar untuk menjadi pekerja.
Dalam buku ini juga menceritakan bagaimana seorang yang Miskin, Sederhana & Kaya membelanjakan wang mereka. Bagaimana yang kaya menguruskan wang, dan si miskin dan sederhana membelanjakan wang dan menambah liabiliti dalam kehidupan. Juga di terangkan apa itu maksud Aset & apa itu maksud Liabiliti? Aset bermaksud 'Duit dari luar masuk ke poket' manakala liabiliti pula bermaksud 'Duit dari dalam poket terpaksa di keluarkan'.
Mungkin tak ramai di Malaysia yang bersetuju dengan pendapat penulis Robert T.Kiyosaki, yang mengatakan rumah adalah liabiliti kerana terpaksa mengeluarkan duit poket setiap bulan untuk membayar installment rumah sehingga berpuluh tahun. Dengan kerana itu, golongan Miskin & Sederhana menjadi hamba duit. Berkerja setiap hari sehingga mati untuk membayar segala liabiliti, manakala golongan Kaya pula menggunakan wang mereka untuk di laburkan ke stock, forex, porperty dan sebagainya. Hasil keuntungan investment di rolling-rolling sehingga menjadi aset, iaitu "Duit masuk ke poket".
Pendapat ACFX:
Buku ini memang bagus untuk di baca, banyak membuka minda mengenai cara berfikir oleh orang kaya. Dan yang paling best untuk trader Forex, sedarlah anda berada di jalan yang betul untuk menjadi seorang yang kaya dan berjaya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment