Sunday 6 January 2013

Forex: Simpanan VS Pendapatan Bulanan?

Salam,

Alhamdulillah hari ni dah masuk tahun 2013, syukur ke hadrat illahi kita masih lagi bernafas dan aku masih lagi bergelar seorang trader. Walaupun dah lama tak update blog coz aku bz dengan keja dan aktiviti lain, namun forex masih lagi tetap di hati dan terus berjuang sehingga ketitisan terakhir dunia forex,hehe..

Ok, hari ni aku nak berkongsi pendapat dan pandangan aku mengenai keuntungan forex, samaada forex ni sesuai sebagai simpanan atau pendapatan bulanan bagi korang. Ini aku cerita berdasarkan pengalaman diri sendiri yang tahun ni dah mencecah tahun ke-5 dalam dunia forex. Jadi dengan sedikit idea aku share mudah untuk korang set korang punya 'goal' dalam menjana pendapatan forex.
Di ringkaskan cerita secara mudah korang faham, aku kasi pikir logik keperluan yang di perlukan untuk menjana pendapatan bulanan dan simpanan.

PENDAPATAN BULANAN vs SIMPANAN

1) MODAL
 - Untuk mendapatkan keuntungan yang maksima bagi menjana pendapatan bulanan maka korang mestilah mempunyai modal yang kukuh . Ini kerana apabila korang menggunakan Money Management (MM) yang betul, lot size MM korang masih besar dan keuntungan di perolehi jugak besar. Dengan modal besar juga korang akan lebih tenang dalam melakukan trading, dan jika sesuatu terjadi modal korang mampu menampung floating yang besar. Aku syorkan modal USD 10,000.00 dengan setiap trading lot size sekitar USD1-USD10 bergantung kepada cara dan teknik korang trade, samaada scalping, intraday atau swing. Jika modal korang kecil, aku syorkan korang trade forex sebagai simpanan dengan bayaran gaji forex kepada diri korang setahun sekali atau enam bulan sekali gaji.

2) MONEY MANAGEMENT
- Money Management adalah Holy Grail dalam trading forex. Korang tak boleh 100 kali entry dan 100 kali win, kerana forex bersifat bebas dan mampu bergerak ke arah mana-mana sahaja Bullish atau Bearish. Jadi dalam kes ni sebelum korang trade pastikan melakukan pengiraan MM yang betul. MM yang selalu di gunakan ialah 2% daripada total modal. Kalau modal korang USD10,000.00 maka 2% ialah USD200.00, maksudnya entry korang tu kalau tersilap pun korang kaput USD200.00, akaun korang masih ada lagi USD9,800.00 balance. So, nanti bila ada signal boleh entry lagi, takda hal.

-Apa yang selalu aku lakukan ialah kalau akaun pendapatan bulanan memang kena kira 2% MM stoploss. Tapi kalau akau simpanan (akaun kecik) aku takda kira MM,hehe. Akaun kecik katakan modal USD1000.00, korang tembak kecik-kecik sudah dalam lot USD 0.10 - USD 0.50 dan takda stoploss, ko nak float, ko float la berapa banyak pun, aku biar jer, janji aku masih dalam trend. Teknik ni trade tanpa stress, aku swing dan tinggal. Dua bulan ke depan nati pun baru ko bagi popit pun takpa, aku tak kisah sebab akaun simpanan. Kaedah ni ibarat korang mempunyai kolam yang luas, dan korang bela ikan sekor ja dalam kolam tu, biar ja dia nak bergerak mana pun, last-last dia akan patah balik. Kaedah ni semua popit, cuma cepat atau lambat jer. Tapi kalau entry betul dan dapat popit aku sapu la, ini cerita kalu entry tetiba market fight aku -100pips, so tinggal jer tutup laptop tido,hehe.

3) PROFIT TARGET
- Bila cakap profit target means korang ada target nak dapatkan keuntungan. Pendapat aku sendiri mudah ja, nama pun target kalau tak sampai target relax ja. Katakan korang target sebulan USD3K - USD5K, pastu in the end of month dapat USD500 jer, so terima lah seadanya. Kadangkala kita lupa dan merasakan kita pandai trade, kita boleh set target dan akan sampai target. Kita lupa yang rezeki itu milik Allah S.W.T, berapa dia bagi kita bersyukur ja. Bahana set target ni ialah bila tak sampai target, mula nak stress dan overtrade. Last-last semua hancus, sekupang pun tak boleh. Lebih baik sedikit dari hancus. Aku sendiri dah lama tak letak target coz kadangkala market tak cantik dan tak mengizinkan. Bagi yang trade untuk simpanan korang takda msalah dalam hal ni, korang swing jer sampai lebam follow major trend,kakaka.

4) TREND IS YOUR FRIEND
- Bab trend ni memang best kupas,hehe. Sebenarnya trader ramai yang tak reti baca trend. Percaya lah, selagi tak mahir baca trend, tiada konsistensi dalam forex sebab tak mahir nak predict arah market nak pergi. Ada 2 kaedah mudah nak baca trend iaitu :

i) Tengok Support & Resistance - LL, LH, HL, HH - Lower Low, Lower Hi, Higher Low, Higher Hi
ii) Tengok EMA - Kalau ema bengkok tajam trending la tu, kalau ema flat sideway la tu.

Dalam hal trend ni aku lebih mahir membaca S&R berbanding EMA. Bagi aku S&R lebih tepat sebab purely price, price yang gerakkan EMA, bukan EMA menggerakkan price. Kalau trade akaun bulanan, aku amik trend pada TF1H & TF4H sebagai rujukan, manakala kalau trade akaun simpanan amik ja TF Daily & TF Weekly lebih accurate. Pastikan korang nak trade gunakan apa kaedah sekali pun, mesti trade follow major trend. Kalau major trend tunjuk kekuatan pada Bullish, nanti korang entry Buy SAHAJA! Jangan ambil entry Sell walaupun kadangkala terdengar suara dari dalam chart memanggil-manggil nama korang ' Wahai Mat, marilah kita Sell' hahahaha..

Gunalah teknik entry apa sekalipun seperti Fibonacci, Moving Average Crossing, Pure Candlestick, Stochastics, CCI, MACD dan blablabla. Kalau korang masuk entry follow major trend, kalu terkena float pun setakat minus 100-300 pips jer, nati dia balik kasi popit, as long masih dalam trend la.

Tips : Ni aku kasi tips skit camna nak trade follow trend dan cepat popit. Before trade korang buka dulu semua pair, kasi selak one by one tengok TF4H. Korang baca S&R slow-slow ke mana arah market, cari yang market betul-betul trending, yang tak berapa clear nak baca S&R, korang abaikan dulu (KIV). Korang lepak je kat mana-mana pair yang trending tu, nanti ada signal korang masuk entry follow arah yang sama dengan trend. Kejap ja popit dan kurang float. Kalau yang tak pandai baca S&R korang tengok ja EMA, cari pair yang EMA bengkok kaw-kaw. Kalau EMA bengkok sakan ke atas, korang get ready nak balun Buy saja nanti bila ada entry. Contoh kat bawah..


Akhir kata, dengan sedikit idea yang aku sharing ni harap korang boleh kenalpasti tahap trading korang berada di tahap mana yang sesuai iaitu sebagai seorang trader yang berpendapatan bulanan atau trader yang berpendapatan simpanan. Apapun selamat maju jaya forex 2013 semoga tahun ni kita ratah ramai-ramai, jangan makan sorang2,hehe.


No comments:

Post a Comment