Sunday 3 June 2012

Hedging Lock

Salam all..

Kali ni aku akan menceritakan mengenai Hedging. Hedging telah lama di gunakan oleh kebanyakkan profesional trader semasa melakukan trading. Banyak jenis teknik hedging yang di gunakan, malah aku sendiri menggunakan hedging apabila silap melakukan entry. Takda trader yang 100% entry dengan betul coz tiada seorang pun tahu apa akan berlaku pada pasaran. Jadi bila tersilap entry, apa nak buat? Samaada nak hedging atau cutloss? Korang pilih yang mana? hehe..kalu cutloss, sehari kalu 3-4 kali entry then semuanya kena stoploss, tak ka sakit kepala.

 Sebenarnya ada masa kita guna hedging ada masa kita gunakan cutloss. Aku sendiri gunakan hedging apabila scalping, dan cutloss apabila swing. Ini kerana scalping ni kita trade makan pip kecik-kecik, so bila silap entry kita hedging, hedging dalam jarak pips yang kecil jadi mudah nanti nak buka hedging. Kalu swing pula, tak sesuai untuk hedging sebab pips yang korang lock hedging tuh terlalu jauh jaraknya, dan agak sukar nak buka hedging nanti. Namun, ia bergantung kepada individu itu sendiri mengikut keselesaan menggunakan hedging atau cutloss. Tepuk dada tanya selera.

Aku gunakan teknik hedging lock. Contohnya, katakan korang scalping BUY (EU) dengan lot $1 dan target 10 pips, tetiba price turun SELL dengan lajunya sebelum sempat menyentuh target. Di sini aku akan hedging dengan masukkan SELL (EU) dengan lot yang sama iaitu $1, automatik terkunci. Korang ada $1 untuk BUY & $1 untuk SELL. Ini di namakan hedging lock. Ada jenis hedging yang menambah size lot, tapi aku tak syorkan kerana aku tahu Money Management korang memang hancur punya lah,haha.

So, bila dah lock macamana nak buka hedging? Yang ni memerlukan korang faham beberapa perkara seperti:

1) Kefahaman yang baik mengenai candlestick ( bentuk c/s)
2) Chart Pattern (double top & double bottom)
3) Support & Resistance
4) Fibonacci* (option)
5) Mengetahui dengan baik arah Main Trend


Aku akan terangkan bagaimana nak hedging dan nak buka hedging, cara ni so far so good. Cuma perkara paling penting ialah TRADE JANGAN LAWAN MAJOR TREND. Kalu trading asyik lawan major trend ja, memang guna teknik ni hancus. Korang ada powerfull technical analysis atau indicator yang proven 80% kebolehan untuk WIN, so 20% lagi jika market againts korang baru guna hedging. Tapi kalu dah 10 kali entry masih tak boleh pips jugak, alamatnya memang tak layak nak guna hedging ni. Last-last 10 entry tuh korang hedging, memang mati beb! Haha. Hedging ni satu solution kalu tersilap entry, tapi kalu asyik tersilap ja. Memang kena pergi sekolah balik kat babypip.

OK. Aku attach gambar supaya korang lebih mudah faham.

Peringatan : Teknik ni hanya boleh di lakukan jika market mempunyai momentum yang kuat dan juga pengurusan MM yang bagus.

(1) Katakan korang entry SELL $1. Entry ikut korang punya indi ataupun technical analysis. Pastu market reverse. As long as candlestick tak cross Minor Resistance, relax ja. Jap lagi dia turun bagi popit, dia float sat. Tapi kalau dia cross Minor Resiatnce dengan Solid Candlestick, tu kena hedging. Apapun before trade pastikan korang trade ikut Major Trend pada Timeframe yang lebih besar.


(2) Tetiba candlestick cross Minor Resistance, atas Minor Resiatnce 5 pips korang hedging BUY $1. Relax dulu. Pam rokok sebatang, kena dulu Milo secawan sementara menunggu market dok naik.


(3) Dah lama tunggu, akhirnya market sampai ke Major Resistance. Apabila candlestick sampai sini, dia akan bergaduh antara BUYER & SELLER. Jika SELLER kuat, candlestick akan membina shadow (bentuk seperti doji) atau juga membina candlestick formation seperti Bearish Engulfing, atau Evening Star. Kalau banyak sangat candlestick yang ada shadow tuh, maka dia nak turun la tu. Korang close yang BUY $1 tadi.


(4) Lepas korang dah close yang BUY $1 tadi, maka terbukalah hedging. Hanya tinggal SELL $1 yang silap entry tadi. Keadaan ini sangat bahaya jika korang biarkan. Korang kena secure atau protect trade, dengan membuat Pending Order (BUY STOP $1) 5 pips di atas Major Resistance jikalau terjadinya news atau apa bahana yang akan menimpa. At least jika market spike Bullish lagi, BUY STOP akan trigger dan akaun korang selamat. Apabila market turun, korang lihat pada equity dah bertambah. Korang cutloss ja yang minus SELL tadi sebabnya total maount korang dalam popit. Jangan dok tamak nak tunggu dia turun sampai SELL pun popit. Kalu dah silap tu, pastu ada popit skit. Close jer lah. Simple ja kan, kena banyak praktis mas bro,hehe.

Selamat mencuba..jika yang berminat boleh roger aku. Ada beberapa teknik hedging yang boleh di kongsi..adios..

Next aku cerita tentang major trend..tungguuuu..

No comments:

Post a Comment