Saturday, 19 May 2012

Jom Scalping

Dah lama rasanya aku tak update blog. Maklum la akhir-akhirnya bz skit dengan keja. Forex pun aku layan mana yang sempat. Di sebabkan terlalu bz aku layan scalping, sehari kutip skit-skit memandangkan market pun tak berapa nak menari elok lagi. Market sekarang menjunam keja dia, sebab sekarang pertukaran musim Spring menuju ke Summer & cuti sekolah di Eropah dan Amerika. Jadi bulan May setiap tahun market junam coz ramai trader yang tutup position dan pergi bercuti, Horey! Haha. Macam-macam forex ni, budak cuti sekolah pun boleh effect market noo. Takpa la, kita macam biasa trade dan terus trade,hehe. Janji masyuuuukk..

Di sebabkan aku dah lama tak update, jadi aku bawa ole-ole untuk pembaca blog aku. Ole-ole ni aku dah try kat live account, so alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Korang boleh amik cuti dok rumah sehari dua layan scalping, jenuh kaut pips dan penuh kantung. Nak kata bagus atau tidak bergantung kepada pemahaman korang dan juga skill. So, jangan terus hentak kat live account bro. Kasi masuk dulu demo, slow-slow testing. Dah rasa ngam baru masuk live account. Tapi benda ni tengok pun tak susah, amik masa tengok kejap korang dah cepat faham. Dalam scalping template ni aku menggunakan beberapa basic indicator yang ada dalam MT4 seperti :-

Bollinger Band (mengetahui market rangging & guna untuk Entry / Take Profit - upper BB & lower BB)
EMA 55 - YELLOW(sebagai Main Trend)
EMA 4 - BLUE (untuk Entry)
EMA 5 - RED (untuk Entry)
Stochastic 5,3,3 (untuk Entry - melihat Overbought & Oversold)
MACD 12,26,1 (filter trend)
Accelerator Oscillator (untuk confirm Entry & Take Profit)

Semua indi ni masukkan kat TF5M. Semua pair boleh layan, nak sedap layan kat EUR/USD sebab pair neh sentimental skit, lembap tapi patuh. Rules nak entry aku attach gambar, korang tengok la, mudah kot dan senang faham. Cuma ada jugak pantang. Pantang ialah :-

1) Jangan trade waktu news (time news semua indi hancus)
2) Jangan trade waktu market opening (selepas 1 jam market opening baru trade - biar lautan tenang dulu)
3) S/L letak 20 pips, kalu yang dah 'terror' boleh buat kek lapis tapi MM mesti bagus.
4) Forward test yang aku buat, layan waktu asian dan euro memang cun. Kalu boleh trade pair yang menunjukkan dominan menaik atau menurun. Kalu yang sideway letih menunggu weh..dont worry BB boleh check sideway ka trending.
5) Sedap makan time BUY DIP & SELL RALLY
6) Kalau flot merapu melebihi 20 pips, cutloss saja.
7) Untung banyak jangan lupa belanja aku makan, hahaha..zakat jangan lupa weh, wajib tuh..


Ok..ni cara nak entry berpandukan gambar market E/U minggu lepas..banyak makan woo,kekeke..tengok ada tandaan aku buat warna merah..


Ni pula link untuk korang download template SCALPING TF5M

P/S : Selamat mencuba..dan selamat beramal :)